Thursday, 5 March 2015

15 KELEBIHAN BAWANG PUTIH YANG PASTINYA MENGAGUMKAN

Petua & Rahsia...

Bawang putih terkenal sejak dulu lagi kerana kelebihannya untuk merawat pelbagai penyakit. Ia sangat mudah di dapati dan boleh di makan secara mentah atau di masak. Mudah dicampur dalam makanan lain atau makan begitu sahaja. Itu pun kalau boleh tahan baunya yang 'enak'

Bawang putih adalah salah satu ramuan utama untuk Penawar Jantung & Kolesterol : Pati Herba Madu


Kita biasa guna bawang putih untuk tumis, dan baunya sangat sedap ketika menumis. Mak mertua saya ada petua untuk masak ayam goreng berempah yang sedap, tumbukkan bawang putih dan gaulkan dengan kunyit dan garam sebelum digoreng. Umph. sangat sedap.

Tahukah anda banyak kelebihan bawang putih untuk kesihatan? Jom semak dengan 15 senarai di bawah.


1. Antibakteria 
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.





2. Untuk merawat jangkitan kulit. 
Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm




3. Mencairkan darah
Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu elak terhasilnya gumpalan darah dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.




4. Mengurangkan tekanan darah.
Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak angiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah.Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.




5. Melindungi jantung
Bawang putih melindungi jantung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas.  Bahan kimia yang mengandungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu elak saluran darah dari tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.




6. Merendahkan paras kolestrol
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestrol dan kurangkan pembentukan plak arteri




7. Melawan alergi
Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badanmelawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide danthiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga.




9. Petua untuk masalah pernafasan

Penggunaan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga mengurangkan jangkitanpada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing.




10. Diabetes.
Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras guladalam darah pesakit diabetes.




11. Berkesan keatas ketuat
Meletakkan ekstrak bawang putih yang dihancurkan ke atas ketuat bolehmengurangkan kesan ketuat itu.




12. Mengurangkan risiko barah
Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh mengurang risiko terkena barah. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat allyl sulphides ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis heterocyclic amine (HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian, diallyl sulphide didapati di dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan/penukaran PhlP kepada karsinogen.





13. Meningkatkan fungsi iron
Ferroportin adalah protein yang bantu dalam penyerapan dan pembebasan iron. Diallyl sulphides dalam bawang putih tingkatkan penghasilan ferroportindan bantu tingkatkan fungsi iron.




14. Sakit gigi

Hanya letakkan bawang putih yang dihancurkan kepada gigi yang sakit dan ia boleh bantu mengurangkan sakit gigi kerana ia ada ciri-ciri anti bakteria dananalgesic. Tetapi, perlu hati-hati kerana ia mungkin memberi kesan yang tidak selesa kepada gusi.




15. Kurangkan Berat Badan

Banyak kajian mendapati obesiti juga adalah salah satu radang peringkat rendah untuk jangka masa yang lama. Menurut kajian juga, bawang putih boleh bantu kawal penghasilan sel lemak dalam badan. Pre-adipocytesditukar ke sel lemak melalui sistem radang. Ciri-ciri anti radang di dapati dalam bawang putih boleh bantu elak pertukaran ini. Ia mungkin boleh elak penambahan berat badan.

sumber:http://health.india.com


PENEMUAN HEBAT PENAWAR MASALAH JANTUNG DAN KOLESTEROL

Kini semua orang telah mengetahui Madu, Lemon, Cuka Epal,
Bawang putih dan halia dapat melindungi dari kolesterol.

Pati HerbaMadu gabungan 5 dalam 1 adalah penyelesaiannya.
Diperbuat daripada bahan-bahan Asli tanpa pengawet.

Pati HerbaMadu gabungan Madu Asli, Jus Lemon Asli,
Halia, Bawang putih segar dan Cuka Epal sudah terbukti
membantu mencegah kolesterol dan baik untuk jantung.

>>Khasiat Pati HerbaMadu<<
✔Membuang Angin Dalam Badan
✔Melawaskan perut
✔Melancarkan Perjalanan Darah
✔Amat Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Keletihan
✔Membuang Kahak Dalam Kerongkong
✔Melancarkan Process Pembuangan
✔Jika Diambil Berterusan Boleh Menurunkan Berat Badan

Bertindak sekarang.
Pilih bahan asli sebagai minuman kesihatan alternatif.
HUBUNGI KAMI SEGERA : 0179805969 atau layari : Pati Herba Madu Official